Pak belang ‘tewas’ akhirnya - Utusan Malaysia

Pak belang ‘tewas’ akhirnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Seekor harimau belang yang berkeliaran di Kampung Besol, Bukit Besi di Dungun Terengganu semalam akhirnya ditangkap di kampung tersebut hari ini.

Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar berkata, haiwan itu berjaya ditangkap oleh anggota Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) di hutan berhampiran kampung tersebut.

“Harimau tersebut berada dalam keadaan sihat di bawah pemantauan Pegawai Veterinar dan kakitangan jabatan Perhilitan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Haiwan itu dijangka dipindahkan ke Pusat Menyelamat Hidupan Liar Kebangsaan (NWRC) secepat mungkin,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Facebook Jabatan Perhilitan Semenanjung hari ini.

Semalam penduduk Kampung Besol di Bukit Besi gempar apabila dua ekor harimau berkeliaran di kampung tersebut.

Menurut Xavier, operasi mencari dan menjejak seekor lagi harimau yang di dakwa masih di kawasan hutan berdekatan masih diteruskan.

“Orang awam adalah diingatkan agar berhati-hati di kawasan tersebut dan segera melaporkan kepada Jabatan Perhilitan di talian hotline agensi itu 1-800-88-5151 jika terjumpa dengan hidupan liar tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini