4 pegawai kanan PDRM bertukar - Utusan Malaysia

4 pegawai kanan PDRM bertukar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran empat pegawai kanannya yang berkuat kuasa pada 19 Ogos depan.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, Urus Setia Ketua Polis Negara (KPN), Datuk Asmawati Ahmad berkata, pertukaran tersebut didahului Deputi Superintenden (DSP) Pelucuthakan Harta Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, DSP Hasnir Abdul Hamid yang akan memegang jawatan Ketua JSJN Kontinjen Sarawak dengan memangku pangkat Superintenden.

Menurutnya, Ketua Polis Daerah Dalat, Sarawak, DSP Roslan Leman pula akan ditukarkan menjadi Ketua Polis Daerah Lawas, juga di Sarawak.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Manakala, tempat Roslan akan digantikan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Sabah, DSP Parum Anak Niot.

“Satu lagi pertukaran melibatkan Ketua Unit Risikan Zon II JSJN Bukit Aman, DSP Mohd. Zati Hamid yang dilantik menjadi Ketua JSJN Kontinjen Perlis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini