112 peserta meriahkan pertandingan boling PIBG SK Seksyen 9 - Utusan Malaysia

112 peserta meriahkan pertandingan boling PIBG SK Seksyen 9

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 19 Julai – Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Seksyen 9 Shah Alam baru-baru menganjurkan pertandingan boling bagi mengekalkan hubungan ukhwah dan ikatan silaturahim sesama ahli.

Yang dipertua PIBG sekolah tersebut, Norzaiful Alfids Md. Noordin berkata, pertandingan yang diadakan di Ole- ole Shoping Centre, Shah Alam itu telah menerima 112 penyertaan.

“Dalam pertandingan tersebut sebanyak 28 pasukan terlibat yang mana setiap kumpulan terdiri daripada dua pemain lelaki dan perempuan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kami berharap program seumpamanya ini dapat dianjurkan lagi pada masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini