[VIDEO] Fizo buat kejutan kepada ibu - Utusan Malaysia

[VIDEO] Fizo buat kejutan kepada ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI – Pelakon Fizo Omar meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-34 dengan menghadiahkan sebuah kerusi urut jenama Ogawa sebagai kejutan kepada ibunya, Hasnah Jidin pada satu majlis di kediamannya sebentar tadi.

Sebelum itu, suasana agak kecoh apabila Hasnah, 59, dipaksa untuk membayar sejumlah wang sebanyak RM20,000 secara tunai kerana didakwa tersilap melakukan tempahan sebuah kerusi urut.

Hasnah yang terkejut dengan kejadian tersebut bagaimanapun kembali tenang selepas menyedari penghantar barang tersebut adalah anaknya Fizo Omar yang menyamar sebagai kakitangan Ogawa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Fizo, setiap tahun ketika sambutan ulang tahunnya dia akan merancang untuk melakukan kejutan terhadap ibunya.

“Saya risau juga untuk meneruskan perancangan kejutan ini kerana khuatir dengan keadaan ibu.

“Melihat ibu menangis, saya lagi rasa serba salah. Alhamdulillah, semua kembali tenang selepas ibu mengetahui identiti saya,” katanya.

Meskipun ini adalah tahun pertama Fizo menyambut ulang tahun kelahirannya sebagai duda anak satu, dia tidak berasa sedih atau kekurangan.

Dedahnya, bekas isteri, Mawar turut menghantar ucapan sempena ulang tahunnya ke-34 yang jatuh pada 19 Julai (semalam).

“Saya tidak anggap perceraian sebagai kekurangan kerana saya masih ada keluarga dan ibu,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini