Bekas pengarah didakwa pecah amanah, salah guna harta RM3.9 juta - Utusan Malaysia

Bekas pengarah didakwa pecah amanah, salah guna harta RM3.9 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG – Seorang bekas pengarah syarikat ejen pekerja asing didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan pecah amanah dan salah guna harta bernilai keseluruhan RM3,903,650 pada Ogos 2017 hingga April 2018.

Tertuduh, Edmund Chin Chong Tan, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan Hakim Datuk Ahmad Zamzani Mat Zin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa sebagai pengarah sebuah syarikat ejen pekerja asing telah melakukan pecah amanah sebanyak RM1,573,750. 

Memuatkan artikel berkaitan…

Justeru, dia didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda, jika disabitkan kesalahan. 

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa  melupuskan harta iaitu wang tunai berjumlah RM2,329,900 mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang boleh dipenjara sehingga lima tahun, denda dan sebat. 

Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah premis di Jalan Goh Hock Huat, Batu 2, Klang bermula 24 Ogos 2017 hingga 16 April 2018.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Ainun Zarifah Abd. Halim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. 

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan keseluruhan RM50,000 bagi kedua-dua pertuduhan. Tertuduh gagal membayar jaminan tersebut. 

Tarikh sebutan semula kes ditetapkan 28 Ogos depan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini