Pergolakan tanda PKR parti yang dinamik - Utusan Malaysia

Pergolakan tanda PKR parti yang dinamik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Pergolakan politik yang berlaku dalam kalangan pemimpin PKR ketika ini disifatkan sebagai sesuatu yang dinamik dalam bidang politik.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, bagaimanapun tidak menafikan jawapan yang diberikan kepada pemberita kadang-kala menghangatkan lagi suasana politik negara.

“Lumrah politik itu sifatnya dinamik. Jika statik sahaja, media pun tiada berita nak tulis. Pagi petang siang malam sama sahaja, surat khabar pun tak laku.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebagai Setiausaha Agung macam saya, keluarkan kenyataan juga dari semasa ke semasa. Hari-hari media tanya kita pun kena jawab, kadang jawapan kita itu boleh memanaskan suasana,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan Program Citarasa Malaysia sempena Kempen Beli Barangan Malaysia di Tesco Extra, Mutiara Damansara, dekat sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini