Muhyiddin harap PKR kembali ‘tenang’ - Utusan Malaysia

Muhyiddin harap PKR kembali ‘tenang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 18 Julai – Konflik dalaman PKR yang dilihat semakin memuncak antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali diharapkan dapat berakhir dengan baik.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin malah tidak mahu bersikap pesimis, namun berharap kemelut di antara Anwar dan Mohamed Azmin dapat diselesaikan dengan segera.

“Saya tidak mahu menasihati kerana mereka berdua adalah kawan dan saudara saya dalam Pakatan Harapan (PH).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tak tahu nak kata apa. Hanya berdoa sahaja agar hubungan mereka kembali damai,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini