JERANTUT – Laluan Jerantut-Kuala Tahan tergendala seketika ekoran sebuah lori balak terbalik berhampiran Kilang Sawit Felda Padang Piol, di sini hari ini.
Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang itu, lori balak yang penuh dengan muatan dari arah Kuala Tahan ke Jerantut itu dikatakan terbalik ketika melalui kawasan berbukit.
Difahamkan, lelaki India yang memandu lori terbabit mengalami kecederaan di kepala dan dihantar ke Hospital Jerantut untuk menerima rawatan.
Memuatkan artikel berkaitan…
Kerja-kerja mengalih lori dan sisa balak dimulakan pada pukul 5.45 petang ini.
Pengguna jalan raya terpaksa melalui jalan ladang sawit bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dari kedua-dua arah. – K! ONLINE











