RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 mungkin diluluskan petang ini - Utusan Malaysia

RUU Perlembagaan (Pindaan) 2019 mungkin diluluskan petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR- Individu di negara ini yang berusia 18 tahun ke atas boleh bertanding untuk bergelar sebagai Ahli Dewan Rakyat selepas kerajaan dijangka meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2019 hari ini.

RUU tersebut meminda perenggan (b) Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur warganegara yang layak mengundi menjadi ahli Dewan Rakyat daripada 21 kepada 18 tahun.

Pindaan itu juga bertujuan meminda perenggan (a) Fasal 1 Perkara 119 Perlembagaan Persekutuan untuk menurunkan umur seseorang warganegara yang layak untuk mengundi daripada 21 kepada 18 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketika ini, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang membentangkan RUU tersebut untuk bacaan kali kedua pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Selepas bacaan kali kedua, sesi perbahasan akan dilaksanakan oleh beberapa Ahli Dewan Rakyat sebelum sesi pergulungan yang dijangka diadakan pada petang ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini