Kerajaan perlu ratifikasi UNCAT - Utusan Malaysia

Kerajaan perlu ratifikasi UNCAT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG,
SURUHANJAYA
Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) ingin mengulangi seruan kepada kerajaan Malaysia supaya terus teguh menentang sebarang perlakuan penyeksaan dan tidak berperikemanusiaan dengan menyertai Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Menentang Penyeksaan (UNCAT).

Bagi mencapai matlamat ini, Suhakam baru-baru ini telah mengadakan dialog serantau yang menyasarkan untuk menyediakan platform bagi negara-negara Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan ASEAN untuk berkongsi amalan terbaik mereka berhubung penyertaan dan pelaksanaan konvensyen itu dalam konteks tempatan.

Dialog yang disokong sepenuhnya oleh Kesatuan Eropah (EU) telah membincangkan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia berhubung penyertaan dalam triti berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ia juga meneliti undang-undang antipenyeksaan, kaedah-kaedah menghalang penyeksaan dan harapan masa depan Malaysia ke arah negara tanpa penyeksaan.

Penganjuran dialog serantau ini membuktikan komitmen berterusan Suhakam dalam memperjuangkan penyertaan Malaysia dalam UNCAT berikutan berlakunya beberapa kes kematian dalam tahanan di negara ini.

Sehingga kini, sebanyak 172 negara menandatangani UNCAT sementara Malaysia kekal sebagai salah satu daripada 25 negara yang masih belum berbuat demikian. Suhakam percaya telah tiba masanya untuk Malaysia menyertai konvensyen itu dan melibatkan diri dalam usaha sejagat bagi membasmi penyeksaan.

SUHAKAM

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini