Video Seks: Haziq direman enam hari - Utusan Malaysia

Video Seks: Haziq direman enam hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Julai – Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Haziq Abdullah Abdul Aziz yang terlibat dalam video seks songsang dengan individu mirip seorang menteri kanan direman selama enam hari bermula hari ini.

Perintah reman terhadap pemimpin muda politik berusia 27 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Namirah Hanum Mohamed Albaki di Mahkamah Majistret di sini. Turut direman bersama Haziq Abdullah ialah lima lagi individu.

Reman yang dikeluarkan bermula hari ini hingga 20 Julai ini dibuat bagi membolehkan siasatan dilakukan terhadap suspek berumur dijalankan mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. – UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini