Kementerian Kesihatan sahkan penularan malaria di Pos Lenjang - Utusan Malaysia

Kementerian Kesihatan sahkan penularan malaria di Pos Lenjang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 15 Julai – Kementerian Kesihatan hari ini mengesahkan kejadian penularan wabak malaria yang menyerang Orang Asli di Pos Lenjang, Kuala Lipis, Pahang.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, jangkitan wabak tersebut adalah jenis ringan dan tidak mengancam nyawa.

“Kita telah menjalankan pengesanan kes aktif terhadap 300 penduduk di pos berkenaan dan mendapati 11 orang dijangkiti wabak malaria Plasmodium Vivax.

“Namun wabak tersebut tidak membimbangkan kerana ia adalah jenis ringan dan tidak mengancam nyawa,” katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Persidangan Saintifik Persatuan Farmalogi dan Psikologi ke-33, di sini hari ini.

Sebuah portal hari ini melaporkan, sembilan Orang Asli di Pos Lenjang dirawat di hospital sejak semalam berikutan dijangkiti wabak berkenaan.

Mengulas lanjut, Dzulkefly memaklumkan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah akan mengeluarkan kenyataan terkini mengenai perkara tersebut, hari ini. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×