Arsenal terdesak dapatkan Alves - Utusan Malaysia

Arsenal terdesak dapatkan Alves

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON – Arsenal menjadi pencabar terbaharu untuk mendapatkan khidmat pertahanan Brazil, Dani Alves yang sudah tamat kontrak bersama Paris Saint Germain (PSG).

Pengendali The Gunners, Unai Emery dilihat begitu terdersak untuk memperkukuhkan jentera pertahanan tetapi hanya memiliki 45 juta pound (RM232.27 juta) untuk digunakan selain gagal layak ke Liga Juara-Juara, musim hadapan.

Perpindahan percuma untuk bekas pertahanan kanan Barcelona, Juventus dan PSG itu adalah sesuatu yang sangat diperlukan sekiranya Arsenal berjaya memujuk Alves.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagaimanapun, dengan usianya mencecah 36 tahu, dia berkemungkinan menyertai pasukan yang beraksi di Liga Juara-Juara musim hadapan dengan menyasarkan trofi kejuaraan elit Eropah itu.

Alves dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City yang menyaksikan dia akan kembali bekerjasama dengan Pep Guardiola selain memberikan cabaran kepada Kyle Walker di posisinya.

Emery bagaimanapun sudah meminta kelab untuk segera menghubungi Alves, menurut laporan AS menerusi Sky Sports.

Sepanjang 18 tahun karier bersama lima kelab, Alves sudah merangkul sejumlah besar trofi kejuaraan bersama Barcelona, Juventus dan PSG.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini