Algeria hampir tamatkan kemarau 29 tahun - Utusan Malaysia

Algeria hampir tamatkan kemarau 29 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MESIR – Riyad Mahrez muncul wira Algeria apabila membantu pasukannya melakar kemenangan dramatik 2-1 ke atas juara tiga kali, Nigeria sekali gus mara ke final Piala Negara-Negara Afrika bertemu Senegal.

Algeria mendahului perlawanan menerusi jaringan sendiri William Troost-Ekong sebelum Nigeria menyamakan kedudukan menerusi penalti Odion Ighalo pada minit ke-72.

Bagaimanapun, ketika perlawanan seakan-akan diheret ke masa tambahan, Mahrez meledak gol kemenangan selepas melepaskan rembatan dari jarak jauh untuk menghantar skuad Desert Foxes ke final kejohanan buat kali pertama selepas memenanginya pada 1990.

Memuatkan artikel berkaitan…

Algeria akan bertemu Senegal pada 19 Julai ini sekali gus mengulangi perlawanan di peringkat kumpulan yang menyaksikan mereka menang 1-0.

“Kami berasa sangat gembira kerana berjaya mara ke final Piala Negara-Negara Afrika kerana ia sangat bermakna.

“Ini merupakan matlamat kami. Kami tahu ahli keluarga dan penyokong sentiasa berada di belakang kami setiap masa. Jaringan saya amat penting untuk merealisasikan impian skuad kebangsaan. Ya, ini adalah impian saya untuk ke final dan berharap kami dapat menjuarai kejohanan ini,” kata Mahrez.

Sementara itu, jurulatih Nigeria, Gernot Rohr berkata Algeria selayaknya memenangi perlawanan tersebut selepas menafikan peluang Super Eagles untuk ke final buat kali kelapan.

“Saya mengucapkan tahniah kepada pemain untuk semangat juang tinggi mereka. Mereka memenangi perlawanan ini di saat akhir dan mereka layak ke final. Sepakan bola mati yang menakjubkan telah menjadi pemisah,” katanya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini