MOSCOW 14 Julai – Rusia melancarkan teleskop angkasa dari kosmodrom di Baikonur, Kazakhstan, sebuah projek dengan kerjasama negara Jerman.
Rakaman video yang dimuat naik di laman sesawang agensi angkasa Rusia, Roskosmos menunjukkan roket Proton-M yang membawa Spektr-RG berlepas dari pad pelancaran di Baikonur.
Pelancaran itu pada asalnya dijadualkan pada 21 Jun lalu namun ditangguhkan dua kali kerana mengalami masalah bateri.- AFP.
Memuatkan artikel berkaitan…











