Ahli politik, NGO dalang sebar video semburit? - Utusan Malaysia

Ahli politik, NGO dalang sebar video semburit?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Julai – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah mempunyai bayangan dalang utama yang terlibat dalam pembikinan dan penyebaran video seks mirip menteri kanan Kabinet yang tular dalam media sosial baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, berdasarkan siasatan, pihaknya mendapati terdapat satu bentuk pakatan yang diwujudkan bagi menjatuhkan seorang individu.

“Jadi siapa sahaja yang bertanggungjawab dengan kesalahan itu, kita akan ambil tindakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Tidak kira ahli politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam, polis buta dengan semua itu. Mereka pasti akan diambil tindakan,” katanya dalam sidang akhbar selepas hadir Rumah Terbuka Malam Semarak Kasih Perumahan Blok Melati PDRM di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Abdul Hamid memberitahu, terdapat beberapa tangkapan telah dilakukan sejak 14 Jun lalu selepas bekas Ketua Pemuda PKR Santubong, Muhamad Haziq Abdul Aziz ditahan.

Namun, Abdul Hamid enggan mengulas lanjut mengenai jumlah dan individu yang ditahan.

“Ada saksi yang kita panggil dan ada juga telah ditahan. Kita sedang mencari siapa yang salah guna laman sosial untuk sebarkan video itu menerusi telefon-telefon bimbit yang dikesan,” jelasnya.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini