Bekas Datuk Bandar Tehran dibicarakan tuduhan bunuh isteri - Utusan Malaysia

Bekas Datuk Bandar Tehran dibicarakan tuduhan bunuh isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHRAN 13 Julai – Bekas Datuk Bandar Tehran, Mohammad Ali Najafi dibicarakan di mahkamah jenayah hari ini atas dakwaan membunuh isterinya, lapor media Iran.

Reformis terkenal itu dituduh menembak mati isteri keduanya, Mitra Ostad di kediaman mereka di Tehran.

Kertas pertuduhan yang dibacakan di mahkamah jenayah di Tehran antaranya merangkumi dakwaan membunuh, serangan dan memiliki senjata tanpa lesen yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pendakwa raya turut membacakan kenyataan dari Najafi yang mendakwa isterinya pernah mengugutnya dengan menggunakan pisau dalam satu pertengkaran antara mereka.

Jelas laporan media Iran, mayat Ostad ditemui dalam tab mandi selepas Najafi menyerah diri kepada polis dan mengaku membunuhnya pada 28 Mei lalu. – AFP.


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini