KIEV 13 Julai – Sebuah stesen televisyen Ukraine dikejutkan dengan serangan bom tangan hari ini selepas stesen itu mengumumkan rancangan untuk menyiarkan satu dokumentari kontroversi memaparkan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
Menurut polis, serangan yang berlaku kira-kira pukul 3.40 pagi waktu tempatan itu disifatkan sebagai tindakan keganasan.
Katanya, tiada kecederaan dilaporkan namun hanya terdapat kerosakan di papan tanda di bahagian hadapan bangunan pejabat saluran `112 Ukraine’ itu.
Memuatkan artikel berkaitan…
Sebuah pelancar bom tangan yang ditinggalkan turut ditemui di lokasi kejadian.
Dilaporkan, kejadian itu sedang disiasat oleh Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU). – AFP.











