Sebuah lagi kilang kimia terbakar di Pulau Indah - Utusan Malaysia

Sebuah lagi kilang kimia terbakar di Pulau Indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PELABUHAN KLANG – Selepas tragedi kebakaran dan letupan kilang kimia di Taman Perindustrian Pulau Indah pada 5 Julai lalu, sebuah lagi kilang kimia berdekatan kawasan tersebut terbakar petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.50 petang itu, kilang seluas lebih 3,000 meter persegi itu hangus hampir 80 peratus.

Bagaimanapun, setakat ini kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Klang, Samsol Maarif Saibani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 6.58 petang.

Katanya, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang, Andalas, Sungai Pinang, Teluk Panglima Garang, Rawang, Kota Anggerik dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bergegas ke lokasi kejadian.

“Sehingga kini pihak bomba masih berada di lokasi dan kerja-kerja pemadaman masih sedang giag dilakukan,”katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Kosmo! sebelum ini melaporkan tujuh anggota bomba cedera ketika melakukan operasi memadam kebakaran sebuah kilang bahan kimia di Jalan Perigi Nanas, Pulau Indah di sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, enam anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pelabuhan Klang cedera ringan dan kesemua mereka telah mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang (HTAR).

Selain itu, seorang lagi anggota daripada Sungai Pinang turut cedera ketika operasi terbabit. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini