Gustin raih gelaran dunia - Utusan Malaysia

Gustin raih gelaran dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Atlet para kebangsaan, Bonnie Bunyau Gustin membuktikan dia berada dalam kelas tersendiri apabila meraih pingat emas pada Kejohanan Dunia Para Powerlifting di Kazakhstan, semalam.

Pemegang rekod dunia pada kejohanan dunia remaja itu melakukan angkatan 190 kilogram (kg) untuk muncul juara dalam acara bawah 65kg lelaki pada kejohanan yang berlangsung di Astana Congress Center.

Atlet kelahiran Sarawak berusia 19 tahun itu memulakan aksi dengan melakukan angkatan seberat 170kg, kemudian diikuti 180kg pada cubaan kedua dan berakhir dengan 190kg yang membawa kepada kemenangannya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lawan Gustin dari Iraq, Ahmed Al-Karkhi hanya berjaya membuat satu angkatan seberat 140kg. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini