Yayasan Bank Rakyat peruntuk lebih RM31 Juta biasiswa dan pendidikan tahun ini - Utusan Malaysia

Yayasan Bank Rakyat peruntuk lebih RM31 Juta biasiswa dan pendidikan tahun ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU – Yayasan Bank Rakyat (YBR) memperuntukkan lebih RM31 juta dalam bentuk biasiswa dan penganjuran pelbagai seminar untuk membantu pelajar di seluruh negara menghadapi peperiksaan pada tahun ini.

Pengerusi YBR dan Bank Rakyat, Datuk Noripah Kamso berkata, daripada jumlah itu lebih RM24.5 juta adalah biasiswa untuk melanjutkan pengajian ke universiti dan bakinya bagi menganjurkan seminar pendidikan dan aktiviti lain berkaitan pendidikan.

“Sejak 2003, lebih 200,000 pelajar yang bakal menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), PT3 (Penilaian Tingkatan 3) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di seluruh negara mendapat manfaat program itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Bagi tahun ini, YBR memperuntukkan hampir RM1 juta melaksanakan Seminar Didik Rakyat,” katanya kepada media selepas perasmian Seminar Didik Rakyat 2019 peringkat negeri Perlis oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof di sini, hari ini.

Noripah berkata, YBR dengan kerjasama akhbar Berita Harian akan menganjurkan lebih 60 seminar untuk calon UPSR dan SPM di seluruh negara tahun ini. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini