Penduduk New Zealand serah senjata api - Utusan Malaysia

Penduduk New Zealand serah senjata api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHRISTCHURCH 13 Julai – Berpuluh-puluh penduduk New Zealand menyerahkan senjata api mereka hari ini dibawah operasi skim pembelian semula senjata dalam usaha menghapuskan pemilikan senjata separa automatik, susulan insiden serangan dua masjid di Christchurch.

Operasi skim pembelian semula senjata yang diadakan di Christchurch merupakan lokasi yang pertama daripada lebih 250 operasi bakal dilaksanakan di seluruh negara.

Menteri Polis, Stuart Nash berkata, salah satu objektif skim itu adalah untuk menghapuskan senjata paling berbahaya daripada peredaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sambil dipantau oleh anggota polis, seramai 68 pemilik senjata api menyerahkan 97 senjata, 94 bahagian dan aksesori dalam tempoh dua jam pertama operasi berkenaan.

Dalam pada itu, Ketua polis wilayah, Mike Johnson berkata, seramai 903 pemilik senjata di kawasan Canterbury telah mendaftarkan sebanyak 1,415 senjata api untuk diserahkan.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Jacinda Adern berikrar untuk mengetatkan undang-undang senjata api negara itu susulan insiden tembakan rambang di dua buah masjid sehingga mengorbankan 49 orang. – AFP.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini