Cadang wujud jawatankuasa bersama UMNO-Pas Terengganu - Utusan Malaysia

Cadang wujud jawatankuasa bersama UMNO-Pas Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 13 Julai – Semua Badan Perhubungan UMNO negeritermasuk Terengganu bersetuju melaksanakan penyatuan ummah bersama Pas bagi memastikan kedua-dua parti Melayu terbesar itu mencatatkan kemenangan besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, keputusan itu dibuat memandangkan agenda utama kedua-dua parti tersebut untuk menyatukan orang Melayu dan agama Islam di negera ini yang seolah-olah tidak terbela di bawah pemerintahan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Bagaimanapun katanya, beliau sangat memahami masalah dan kekeliruan yang dialami kepemimpinan UMNO Terengganu khususnya di Bahagian Marang berhubung konsep penyatuan ummah yang akan dilaksanakan kelak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sehubungan itu beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa bersama antara UMNO dan Pas di peringkat perhubungan negeri juga perlu diwujudkan bagi mencari kaedah dan formula terbaik membincangkan setiap perkara secara lebih terperinci. Saya akan bawakan perkara ini (kekeliruan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi (MT).

“Saya sangat memahami dengan apa yang dihadapi oleh kepimpinan UMNO negeri dan juga bahagian Marang kerana di sini merupakan kawasan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, apatah lagi sebelum ini UMNO adalah sebagai pemerintah di negeri ini.

“Namun, demi kebangkitan semula kuasa Melayu dan agama Islam di Negara ini, marilah sama-sama kita membina pemikiran baharu dengan mencari kaedah dan formula terbaik untuk diselesaikan secara bersama melibatkan kerjasama politik ini termasuk segi agihan kerusi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Marang di Terengganu Equestrian Resort (TER) di sini hari ini.

Yang turut hadir ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Ahmad Said; Ketua UMN0 Bahagian Marang, Datuk Nik Dir Nik Wan Ku; Ketua Pergerakan Wanita bahagian, Toh Puan Zaitun Mat Amin dan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO bahagian, Zul Fadli Rozi.

Menurut Mahdzir, melalui agenda penyatuan ummah UMNO-Pas ini, selain menang PRU-15, lebih penting ialah pengaruh DAP akan berakhir dan Melayu kembali berkuasa semula sebagai pemacu pemerintahan negara.

“Banyak pihak memahami dan mengatakan Malaysia kini di bawah pemerintahan PH, namun apa yang berlaku, ia sentiasa dibayangi oleh kehendak pemimpin DAP yang membuat pelbagai ugutan termasuk dari segi kuasa dan meminta supaya Lim Guan Eng dilantik sebagai Menteri Kewangan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini