Barcelona mahu lepaskan Coutinho kepada PSG - Utusan Malaysia

Barcelona mahu lepaskan Coutinho kepada PSG

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Liverpool dilaporkan berminat untuk membawa pulang semula Philippe Coutinho ke Anfield tetapi Barcelona lebih berminat untuk melepaskan pemain tengah itu kepada Paris Saint-Germain (PSG).

Coutinho berhijrah ke Sepanyol pada Januari tahun lalu dengan nilai 142 juta pound (RM733.79 juta).

Bagaimanapun, perjalanan Coutinho di Camp Nou tidak seperti yang dijangka selepas hanya meledak lima jaringan La Liga dalam 33 penampilan bagi musim 2018-19.

Memuatkan artikel berkaitan…

Liverpool dan Manchester United merupakan destinasi terbaik untuk pemain itu tetapi Barcelona mahu melepaskan Coutinho kepada PSG bagi membolehkan mereka membawa pulang Neymar ke Camp Nou.

The Reds berminat untuk mendapatkan semula Coutinho pada harga yang lebih rendah berbanding 18 bulan lalu semasa penjualan kepada Barcelona.

Neymar dilihat begitu terdesak untuk meninggalkan ibu kota Perancis itu dan pada masa sama enggan menjalani latihan pra-musim dengan dia sedang mencari jalan untuk kembali ke Barcelona.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini