Lelaki tetak 2 warga emas direman tujuh hari - Utusan Malaysia

Lelaki tetak 2 warga emas direman tujuh hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Seorang penoreh getah ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan polis berhubung kejadian bunuh dua warga emas di Buloh Kasap di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, perintah tempoh reman itu dikeluarkan Majistret Salina Omar ke atas suspek berusia 33 tahun.

Menurutnya, suspek ditahan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu, suspek yang memakai baju T putih dan berseluar pendek dibawa ke pekarangan kompleks Mahkamah Segamat di sini sekitar pukul 9.30 pagi dengan menaiki kenderaan polis.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang semalam, dua lelaki warga emas maut akibat ditetak suspek dengan parang yang menyerang  mereka di dua lokasi berhampiran.

Noor Ariffin berkata, kedua-dua mangsa iaitu pelanggan di kopitiam berusia 74 dan penjual buah durian 60 tahun maut selepas diserang menggunakan parang sepanjang 45 sentimeter oleh suspek.

Jelasnya, siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian selepas mengalami gangguan halusinasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini