Wanita parah kereta dinaiki tersepit tiang - Utusan Malaysia

Wanita parah kereta dinaiki tersepit tiang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Seorang wanita cedera parah manakala tiga lelaki cedera ringan selepas kenderaan dinaiki mereka terlibat kemalangan di Kilometer 11.3, Lebuhraya Duke berhampiran susur keluar ke Setiawangsa, di sini hari ini.

Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 11.51 tengah hari sebelum mengejarkan sebanyak lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Keramat ke lokasi kejadian.

Menurut Ketua Operasi, Mohd. Anuar Khalid, pihaknya tiba di tempat kejadian pada pukul 12.33 tengah hari dan mendapati sebuah kereta BMW telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan sebelum tersepit pada bahagian tiang papan tanda penunjuk arah.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kereta tersebut dinaiki empat orang, tiga daripadanya merupakan lelaki dan mengalami cedera ringan manakala mangsa wanita tersepit di bahagian hadapan serta dipercayai mengalami cedera parah.

“Mangsa kemudian diserahkan kepada pihak ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Lumpur bagi menerima rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini