UMNO Gua Musang teguh di belakang Ketua Bahagian - Utusan Malaysia

UMNO Gua Musang teguh di belakang Ketua Bahagian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG 13 Julai – UMNO Bahagian Gua Musang berikrar untuk berdiri teguh di belakang ketuanya, Tengku Razaleigh Hamzah untuk membina semula kekuatan parti itu selepas kalah dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) lalu

Timbalan Ketua UMNO bahagian, Mohd. Syahbuddin Hashim berkata, sokongan itu kerana Tengku Razaleigh merupakan pemimpin veteran UMNO paling lama dan mempunyai banyak pengalaman dalam menerajui parti.

Sehubungan itu katanya, Tengku Razaleigh berhak menegur atau mengemukakan pelbagai cadangan bagi memperkuat UMNO di semua peringkat termasuk pucuk pimpinan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita melihat banyak perkara yang disentuh beliau secara terbuka sebelum ini diterima baik ahli UMNO dari peringkat akar umbi hingga pemimpin bahagian.

“Begitu juga di peringkat Majlis Tertinggi UMNO yang perlu menerima teguran jika boleh memberi manfaat bagi kekuatan parti itu,” katanya kepada pemberita selepas perasmian berkelompok Persidangan Perwakilan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO Bahagian di Balai Rakyat Bukit Cekati, di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Setiausaha UMNO Bahagian, Ab. Aziz Yusoff dan Ketua Penerangan UMNO Bahagian, Amran Arifin.

Mohd. Syahbuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas dalam pada itu berkata, UMNO Bahagian Gua Musangbertekad akan membantu parti bangkit dengan semangat baharu sebagai pembangkang di negara ini.

Katanya, mereka tidak rela jika UMNO diharamkan hanya kerana Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) menerima desakan pemimpin Pakatan Harapan (PH) tanpa siasatan yang adil dan menyeluruh.

“Kita menyokong kenyataan Tengku Razaleigh mendesak ROS menyiasat secara lebih terperinci berhubung perkara itu.

“Kami yakin UMNO sebagai parti yang banyak berjasa akan kembali meraih sokongan rakyat bagi menghadapi PRU-15 ,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini