Azmin setuju tiada tempoh peralihan PM - Utusan Malaysia

Azmin setuju tiada tempoh peralihan PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyatakan persetujuan bahawa tiada garis masa tertentu berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam tempoh dua tahun.

Ketika ditanya mengenai kenyataan Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Mohamed Azmin hanya tersenyum sebelum berkata:

“Setuju,” katanya ringkas selepas merasmikan Pameran Kerjaya Graduan Aspire seperti dipetik portal Malaysiakini di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Isu peralihan jawatan Perdana Menteri tidak pernah sunyi sejak Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara sehingga menimbulkan polemik dalam kalangan komponen gabungan parti itu khususnya Bersatu dan PKR.

Beberapa kali wujud desakan dalam kalangan kepemimpinan PKR yang menuntut supaya Tun Dr. Mahathir Mohamad menetapkan tarikh spesifik peralihan jawatan kepada Presiden mereka iaitu Anwar.

Daripada pihak Bersatu pula, masing-masing mempertahankan kepemimpinan Dr. Mahathir dan meminta supaya tiada desakan supaya Pengerusi parti itu berundur dan melepaskan jawatan.

Isu tersebut kembali panas apabila Mukhriz dalam wawancara bersama Nikkei Asia Review menyatakan tiada garis masa tertentu yang dipersetujui berhubung penyerahan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar walaupun sering diuar-uarkan bahawa peralihan kuasa akan berlangsung dalam tempoh dua tahun, sebelum kemudian menjadi tiga tahun. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini