Pembantu rumah Exco Perak diberi perlindungan - Utusan Malaysia

Pembantu rumah Exco Perak diberi perlindungan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Pembantu rumah yang mendakwa dirogol majikannya, seorang exco di Perak kini diletakkan dibawah perlindungan sewajarnya oleh pihak berkaitan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menolak dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan sistem keadilan negara kononnya dilihat seolah-olah mengabaikan nasib pembantu rumah berkenaan .

“ Tidak boleh katakan kita tidak membela (pembantu rumah) selepas dia buat laporan polis. Tertuduh pun telah diambil tindakan dan kini telah bebas dengan jaminan polis,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini