Rumah panjang terbakar, 20 hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Rumah panjang terbakar, 20 hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIRI 13 Julai – Sebanyak 20 penghuni rumah panjang komuniti kaum Kenyah di Long Palai hilang tempat tinggal dalam kebakaran awal pagi tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Miri, Law Poh Kiong berkata, maklumat awal yang diterima daripada Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Long Palai pada pukul 5.20 pagi menyatakan rumah panjang itu mempunyai enam bilik.

“Maklumat lanjut masih belum diperolehi kerana masalah komunikasi,” katanya dalam satu kenyataan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata bomba akan ke lokasi kejadian menggunakan helikopter hari ini.

Law berkata jarak perjalanan ke lokasi kebakaran mengambil masa lebih lapan jam menggunakan jalan darat iaitu melalui jalan balak.

Katanya kejadian kebakaran melibatkan rumah panjang pernah berlaku di Long Palai pada tahun 2017. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini