Wujud inkues kematian warga Nigeria - Utusan Malaysia

Wujud inkues kematian warga Nigeria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Kerajaan didesak supaya menjalankan satu siasatan bebas atau mewujudkan inkues berhubung kematian seorang tahanan lelaki warga Nigeria yang meninggal dunia di Depot Imigresen Bukit Jalil, baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pertubuhan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam), Lim Wei Jiet malah mengutuk keputusan Jabatan Imigresen menahan Thomas Orhions Ewansiha selama 14 hari di bawah Akta Imigresen 1959/63 kerana status dan maklumat Thomas yang juga seorang pelajar Ijazah Kedoktoran (PhD) boleh disemak dengan pihak universiti.

Jelas Wei Jiet, hak autonomi dan arbitrari Orhions Ewansiha telah jelas dicabuli memandangkan dia tidak melarikan diri daripada serbuan atau pun memerlukan pengesahan dokumen sehingga memaksa ditahan sehingga 14 hari.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Hakam memberi penekanan kepada masalah ketidakseimbangan kuasa antara pihak berkuasa tempatan dengan migran di negara kita apabila migran sering menjadi mangsa diskriminasi termasuk masalah perkauman, gangguan dan stigma buruk.

“Orhions Ewansiha adalah bukti diskriminasi selepas dia ditahan atas dasar kewarganegaraan dan etnik dalam satu serbuan spesifik terhadap migran dari benua Afrika. Hak untuk pergerakan bebas dan tanpa diskriminasi mesti didukung secara umum oleh setiap warganegara Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Orhions Ewansiha ditahan selama 14 hari bagi membantu siasatan selepas melarikan diri sehingga menyebabkan keraguan akan ketulenan pas pelajar yang dimiliki dalam satu serbuan oleh Jabatan Imigresen Kuala Lumpur di kawasan Aman Puri di sini pada 4 Julai lalu.

Pelajar PhD Universiti Limkokwing itu kemudiannya dilaporkan terkena sawan secara tiba-tiba ketika sedang tidur dan meninggal dunia.

Jabatan Imigresen menafikan laporan yang mendakwa jabatan itu telah menahan Orhions Ewansiha secara tidak sah sehingga menyebabkan tahanan itu maut di Depot Imigresen Bukit Jalil. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini