Restoran D’Saji di Mekah masih jadi tumpuan - Utusan Malaysia

Restoran D’Saji di Mekah masih jadi tumpuan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEKAH 13 Julai – Jika memperkatakan mengenai syarikat perniagaan Malaysia di Mekah, Restoran Fela D’Saji sudah tentu tidak akan terlepas dari mulut para jemaah yang menunaikan umrah atau haji di tanah suci ini.

Restoran berkonsep medan selera di Menara Al Safwah, berhadapan dengan Masjidilharam itu menyediakan pelbagai juadah popular di Malaysia, khususnya untuk jemaah dari Asia Tenggara.

Restoran di bawah pengurusan Kumpulan Felda itu telah dibuka sejak 2008 beroperasi 24 jam sehari dan sudah tentu masakan seperti roti canai, mi goreng, teh tarik dan sebaganyai antara menu popular.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kunjungan penulis ke restoran tersebut mendapati harga yang dikenakan boleh dianggap masih berbaloi kerana rasanya yang sedap, dibuat dengan segera dan dijual di bangunan mewah.

Harga teh tarik dan roti canai dengan kuah dalca adalah 6.5 riyal (RM7.15) termasuk cukai, yang mana roti canainya dibuat sebaik sahaja ditempah dan bukannya roti canai segera. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini