'Jerung' Sarawak dalam pemerhatian SPRM - Utusan Malaysia

‘Jerung’ Sarawak dalam pemerhatian SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan sedang menyiasat kes rasuah melibatkan beberapa individu berprofil tinggi di Sarawak.

Walau bagaimanapun, memetik laporan portal Borneo Post, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Beebi Koya enggan mendedahkan butiran lanjut mengenainya kerana kes tersebut masih berada dalam siasatan suruhanjaya itu.

Latheefa memberitahu, pihaknya perlu mengambil sedikit masa untuk mengesahkan semua maklumat dan dokumen menerusi banyak kenyataan umum yang dikeluarkan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut Latheefa, kertas siasatan akan mula dibuka sebaik sahaja dakwaan rasuah itu disahkan SPRM.

“Kes masih dalam siasatan, kita tidak boleh mendedahkan perinciannya dan risau akan menjejas siasatan,” katanya selepas menghadiri majlis pementasan Teater Muzikal ‘Semarak Pertiwiku’ di Kuching, Sarawak, semalam.

Ketika ditanya mengenai tempoh masa yang diperlukan untuk kesemua siasatan diselesaikan, Latheefa memberitahu, ia bergantung kepada aduan yang diterima SPRM, namun tidak semuanya akan disiasat.

“Saya pasti anda lebih mengetahui tentang perkara ini, saya tidak dapat mendedahkan mana-mana butiran terperinci kes yang masih dalam siasatan.

“Apabila siasatan lengkap barulah kita dapat memaklumkan kepada anda,” tambahnya.

Awal bulan ini, Pengarah SPRM Sarawak, Razim Mohd. Noor mendedahkan telah menyerahkan maklumat terbaharu mengenai dakwaan individu berprofil tinggi yang terlibat dengan amalan rasuah kepada ibu pejabat suruhanjaya itu di Putrajaya.

Ditanya mengenai berapa ramai individu berprofil tinggi yang terlibat, Razim berkata, SPRM tidak boleh mendedahkan perkara tersebut kerana ia boleh menjejaskan nama baik orang-orang tertentu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini