Bukan janji, hanya nasihat - KPN - Utusan Malaysia

Bukan janji, hanya nasihat – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador menafikan pernah membuat sebarang janji kepada bekas pegawai polis Md. Ali Amir Batcha yang mendakwa dirinya menjadi mangsa fitnah semasa perkhidmatannya.

Sebaliknya, Abdul Hamid dalam satu kenyataan berkata, pihak polis hanya menasihati beliau untuk mengemukakan rayuan kerana itu adalah hak beliau di sisi Perlembagaan Negara.

“Saya merujuk kenyataan beliau kepada media selepas perjumpaan antara beliau dengan pihak polis pada semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Dalam perjumpaan tersebut, beliau mendakwa telah menjadi mangsa fitnah dan juga ketidakadilan sistem perundangan kerana disekat oleh pihak tertentu daripada membuat rayuan ke atas kes penahanan beliau,” katanya dalam satu kenyataan di laman Facebooknya hari ini.

Jelas Abdul Hamid, beliau tidak membuat apa-apa janji untuk mengangkat perkara didakwa Md. Ali kepada pihak Peguam Negara sebagaimana dakwaannya.

Ujarnya, Md. Ali berhak untuk meneruskan usaha menuntut keadilan berlandaskan prinsip ‘natural justice’.

Terdahulu portal Free Malaysia Today semalam melaporkan, bekas pegawai Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) itu berkata, ketua polis negara berjanji akan mengemukakan kesnya kepada Peguam Negara, Tommy Thomas.

Katanya, Abdul Hamid mendapati itu adalah hak yang sepatutnya diberikan kepadanya sebagai bekas pegawai polis.

“KPN menerima penjelasan saya. Mereka (Abdul Hamid dan pegawainya) mengalu-alukan saya dan melayan saya dengan baik,” katanya selepas pertemuan selama sejam dengan mengemukakan dokumen untuk menyokong dakwaannya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini