Apa nasib mangsa rogol? - Utusan Malaysia

Apa nasib mangsa rogol?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – “Apa sudah jadi dengan sistem keadilan negara ini?”

Itu persoalan yang dilontarkan Ketua Puteri UMNO, Datuk Zahida Zarik Khan mengenai insiden pembantu rumah yang mendakwa dirogol majikannya yang juga seorang exco di Perak.

Menurut Zahida, atas laporan yang dibuat mangsa suspek telah ditahan dan dibebaskan dengan jaminan polis.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lagak seperti ‘abang besar’ rakan suspek yang juga Ahli Parlimen DAP Kepong pertikai penahanan polis yang tak sampai pun satu hari.

“Hari ini (semalam) media melaporkan suspek jalani tugas seperti biasa, bebas bergerak ke sana sini seperti tiada apa yang berlaku. Suspek rogol boleh ke sana sini seolah-olah kebal daripada undang-undang,” katanya menerusi hantaran dalam akaun Facebook miliknya seperti dipetik portal UMNO Online hari ini.

“

Zahida turut membidas adakah kerana DAP sudah berkuasa dan mereka boleh buat apa sahaja.

Tambahnya, apa pula nasib dan pembelaan kepada kaum wanita yang menjadi mangsa rogol tempoh hari.

“Ada rakan di Indonesia bertanya kepada saya, Yang Berhormat dan Menteri di Malaysia memang gila seks ke?”

“Sekarang nama Malaysia kembali disebut sebut oleh media negara jiran, dengan pelbagai gelaran yang memalukan,” katanya lagi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini