Trump isytihar darurat di Louisiana - Utusan Malaysia

Trump isytihar darurat di Louisiana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON 13 Julai – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengisytiharkan darurat di Louisiana susulan ribut tropika yang bakal berlaku di negeri itu.

Lapor BBC, Ribut Barry semakin mengganas di Teluk Mexico dalam tempoh beberapa hari.

Pihak berkuasa tempatan memaklumkan kelajuan angin telah mencecah 80 kilometer sejam dan mungkin mencapai kekuatan ribut taufan ketika ia melanda negeri tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ribut kuat dan hujan lebat dijangka berlaku di bandar New Orleans.

Perkhidmatan Cuaca Nasional memberi amaran banjir daripada ribut yang bergerak perlahan lebih berisiko. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini