May 'bangga dan kecewa' - Utusan Malaysia

May ‘bangga dan kecewa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON 13 Julai – Perdana Menteri Britain, Theresa May menyatakan perasaan bercampur baur antara ‘bangga dan kecewa’ apabila beliau meninggalkan Downing Street dalam tempoh 11 hari lagi.

Dalam temu bual televisyen terakhirnya bersama editor politik BBC, Laura Kuenssberg, May mengakui ‘kecewa’ apabila tidak dapat melihat Brexit dilaksanakan.

Namun menurut May, beliau sudah melakukan segala yang termampu dalam tempoh tiga tahun memegang jawatan sebagai Perdana Menteri.

Memuatkan artikel berkaitan…

Tetapi May merasakan beliau boleh menyumbang lebih banyak lagi tenaga dan usaha sekiranya masih diberi peluang menjawat jawatan terpenting Britain itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini