Dua bangkai kapal selam Belanda hilang dekat Malaysia - Utusan Malaysia

Dua bangkai kapal selam Belanda hilang dekat Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMSTERDAM – Dua daripada lebih 100 buah bangkai kapal era Perang Dunia Kedua yang tenggelam di perairan sekitar Indonesia, Malaysia dan Singapura dilaporkan hilang, lapor portal berita Livescience.

Menurut media Belanda, sepasang kapal selam yang karam di perairan Malaysia pada tahun 1941 hilang secara misteri lewat minggu lalu, meninggalkan serpihan besi dan garisan bekas kapal itu pada pasir di dasar laut.

Bangkai kapal selam Belanda bernama HNLMS 016 dan HNLMS K XVII itu turut dikatakan menyimpan mayat 79 anak kapal. Mayat mereka juga hilang.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut beberapa pegawai Belanda, kedua-dua kapal selam berkenaan berkemungkinan dicuri oleh penjarah kapal yang kerap mencuri bangkai kapal di wilayah tersebut untuk mendapatkan besi dan logam berharga.

Sebanyak 40 buah kapal era Perang Dunia Kedua dimusnahkan sepenuhnya atau sebahagiannya dicuri pencuri tersebut, demikian menurut laporan akhbar The Guardian pada tahun 2017, mengakibatkan kerosakan pada mayat lebih 4,500 anak kapal yang tenggelam bersama-sama kapal masing-masing. Bangkai kapal itu biasanya diletupkan sebelum dijarah. Masa beberapa hari diperlukan memindahkan logam berharga ke permukaan laut menggunakan kren.

Biarpun berdepan kesukaran, mereka boleh mendapatkan besi dan logam lain yang bernilai jutaan dolar bagi setiap kapal yang dijarah termasuk kabel tembaga dan kipas fosfor gangsa, demikian menurut laporan The Guardian.

Bangkai kapal zaman perang dunia dilindungi di bawah perjanjian antarabangsa sebagai kubur tidak bertanda untuk tentera yang terkorban. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini