Imam curi pistol dijel lima tahun - Utusan Malaysia

Imam curi pistol dijel lima tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH – Seorang imam yang juga bekas anggota polis berpangkat sarjan dihukum penjara lima tahun selepas mengaku salah terhadap tiga pertuduhan iaitu mencuri, memiliki senjata api dan memiliki peluru tanpa kebenaran di Mahkamah Sesyen Kuala Pilah di sini semalam.

Tertuduh, Sulaiman Abdul Rahman, 63, membuat pe­ngakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nariman Badruddin.

Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh pada 27 Januari lalu iaitu kira-kira pukul 11.40 pagi di Jalan Sidang Mohd. Nor, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Klang, Selangor didapati memiliki sepucuk pistol Revol­ver.38 SPL 3” Smith & Wesson tanpa kebenaran yang sah.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di akhbar KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini