WASHINGTON 12 Julai – Bintang R&B Hollywood, R. Kelly ditahan berikutan pertuduhan persekutuan mengenai dakwaan mencabul perempuan bawah umur dan pornografi kanak-kanak, disahkan peguamnya hari ini.
Steve Greenberg dalam kenyataan akhbar berkata, ejen persekutuan menahan Kelly semalam ketika sedang membawa anjingnya bersiar di Chicago.
Pertuduhan persekutuan baharu itu bangkit daripada dakwaan kelakuan di Illinois dan New York. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











