Agong solat Jumaat di Masjid Nabawi - Utusan Malaysia

Agong solat Jumaat di Masjid Nabawi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah tiba di Arab Saudi dengan kunjungan pertama ke Madinah hari ini.

Memetik portal Arab News, Sultan Abdullah disambut oleh Gabenor Madinah, Putera Faisal Salman dan berkenan melawat Masjid Nabawi, menunaikan solat Jumaat serta menziarahi makam Rasulullah SAW dan para sahabat baginda.

Sultan Abdullah berangkat ke Arab Saudi sempena lawatan khas ke negara itu bermula hari ini hingga 14 Julai.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurut kenyataan Kementerian Luar, lawatan khas selama tiga hari itu adalah atas jemputan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini