Sekolah di Pahang cuti 29 Julai - Utusan Malaysia

Sekolah di Pahang cuti 29 Julai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Jabatan Pendidikan Pahang mengumumkan 29 Julai depan sebagai hari cuti berganti bagi semua sekolah di negeri ini.

Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr. Tajuddin Mohd. Yunus berkata, semua sekolah di negeri ini akan menjalani sesi pembelajaran pada Sabtu, 27 Julai bagi memberi laluan cuti umum berganti pada Isnin, 29 Julai depan.

“Dimaklumkan bahawa 29 Julai 2019 (Isnin) ialah cuti berganti bagi semua sekolah di negeri Pahang. Gantian hari persekolahan tersebut adalah pada 27 Julai 2019 (Sabtu).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ini berikutan cuti umum Hari Keputeraan Sultan Pahang dan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 30 dan 31 Julai,” ujarnya menerusi kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini