China kenakan sekatan, syarikat AS jual senjata - Utusan Malaysia

China kenakan sekatan, syarikat AS jual senjata

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING 12 Julai – China hari ini menyatakan akan mengenakan sekatan terhadap syarikat-syarikat Amerika Syarikat (AS)yang terlibat dengan potensi penjualan senjata bernilai AS$2.2 bilion kepada Taiwan.

Jurucakap Kementeri Luar Negaranya, Geng Shuang dalam kenyataan berkata, senjata AS dijual kepada Taiwan sepenuhnya telah melanggar norma asas undang-undang dan hubungan antarabangsa.

“Bagi menjaga kepentingan negara, China akan mengenakan sekatan terhadap syarikat AS yang menyertai penjualan senjata kepada Taiwan,” katanya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Rancangan penjualan senjata itu merupakan pemindahan pertama tiket besar bagi kelengkapan tentera AS kepada Taiwan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini