Dua maut ditetak dengan parang - Utusan Malaysia

Dua maut ditetak dengan parang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT – Dua lelaki warga emas maut selepas ditetak seorang pemuda dengan menggunakan sebilah parang dalam dua kejadian berasing di Buloh Kasap di sini petang tadi.

Dalam kejadian pada pukul 6 petang itu, kedua-dua mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian masing-masing berusia antara 60 hingga 70 tahun.

Timbalan Ketua Polis Daerah Segamat, Deputi Superintendan Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, dalam kejadian pertama, mangsa yang berusia 70-an sedang minum kopi di sebuah kedai sebelum didatangi seorang lelaki berusia 33 tahun dengan menaiki sebuah motosikal Modenas.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Suspek terus menyerang dan menetak mangsa dibahagian muka dan badan sebelum meninggalkan mangsa berlumuran darah.

“Sepuluh minit kemudian suspek berlari menuju ke sebuah gerai durian terletak kira-kira 200 meter dari kedai makan lalu menyerang seorang peniaga durian berusia 60-an,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Noor Ariffin berkata, mangsa pertama disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala mangsa kedua pula maut ketika mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Buloh Kasap selepas ditikam menggunakan senjata parang.

Jelasnya, suspek berjaya ditahan polis selepas menerima laporan kejadian itu dan sebilah parang sepanjang 0.6 meter ditemui bersama suspek yang juga warga tempatan.

Menurut beliau, motif sebenar kejadian masih disiasat dan suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Saksi kejadian diminta menghubungi talian hotline Ibu Pejabat Polis Daerah Segamat di 07-932 4222 bagi membantu siasatan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini