Syafiq ‘tenggelam’ di Gwangju - Utusan Malaysia

Syafiq ‘tenggelam’ di Gwangju

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh gagal mempamerkan aksi memberangsangkan pada hari pertama Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 apabila menduduki tempat ke-33 pada pusingan kelayakan acara 1 meter papan anjal individu lelaki di Gwangju, Korea Selatan, hari ini.

Penerjun berusia 23 tahun itu hanya mampu mengumpul 283.20 mata antara 44 peserta selepas melengkapkan enam percubaan pada pusingan awal di Pusat Akuatik Perbandaran Universiti Nambu.

Dua penerjun China, Wang Zongyuan dan Peng Jianfeng, masing-masing mendahului saingan pusingan awal dengan mengumpul 429.40 mata dan 410.80 mata manakala penerjun tuan rumah, Woo Ha-ram di tempat ketiga dengan 396.10 mata.

Memuatkan artikel berkaitan…

Hanya 12 penerjun daripada pusingan awal layak ke pusingan akhir, Ahad ini. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini