Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM - Utusan Malaysia

Kadar jangka pendek kekal kukuh susulan operasi BNM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai- Kadar jangka pendek antara bank kekal kukuh hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Lebihan dalam sistem konvensional turun kepada RM20.01 bilion daripada RM23.41 bilion pagi ini, manakala dalam sistem Islam jatuh kepada RM9.70 bilion daripada RM16.72 bilion.

Awal hari ini, BNM menawarkan dua tender pasaran wang konvensional dan satu tender Qard.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pada 4 petang, BNM mengendalikan tender pasaran wang konvensional RM20 bilion dan tender pasaran wang Murabahah RM9.7 bilion, kedua-duanya untuk wang tiga hari.

Kadar faedah purata semalaman berada pada 2.96 peratus, manakala kadar satu, dua dan tiga minggu, masing-masing ditambat pada 3.03 peratus, 3.07 peratus dan 3.12 peratus. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini