SAUDARA PENGARANG,
TV Alhijrah merupakan salah sebuah stesen televisyen yang mana program-programnya mampu membentuk sahsiah dan akhlak anak-anak muda serta generasi akan datang dengan lebih baik.
Walau bagaimanapun, sekarang dilihat tidak lagi berlaku begitu. Tiada yang membezakan TV Alhijrah dengan stesen-stesen televisyen lain bahkan ada masa-masanya seolah-olah tidak menjaga batas-batas aurat antara lelaki dan perempuan. Ada rancangan yang bercampur aduk. Apakah mesej yang nak disampaikan? Apakah fahaman yang nak diterapkan?
Ahli-ahli agama dalam rancangannya juga tidak menampakkan ketokohan sebagai seorang imam atau ustaz untuk dicontohi anak-anak muda.
Diharap TV Alhijrah dapat memberi penambahbaikan terhadap program-programnya agar tidak terlalu ke arah Barat.
WAK AMAT
Selangor











