Demi gambar,abai bahaya tasik toksik - Utusan Malaysia

Demi gambar,abai bahaya tasik toksik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW 12 Julai – Hanya kerana ingin berswafoto berlatar belakangkan pemandangan menarik, penduduk Rusia sanggup membahayakan diri mereka bergambar di sebuah tasik tercemar yang kelihatan seperti laut.

Oddity Central melaporkan, keunikan sebuah tasik yang mempunyai air kebiru-biruan seperti laut serta pasir putih di bandar Novosibirsk, Siberia itu dijadikan penduduk sebagai ‘tempat kegemaran’ untuk mera­kam gambar Instagram.

Namun, tasik diberi gelaran ‘Maldives Siberia’ atau Maldives Novosibirsk’ itu sebenarnya adalah tapak pelupusan sisa toksik dari sebuah loji arang batu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Airnya berwarna kebiruan kerana mengandungi garam kalsium dan beberapa bahan mineral yang tinggi dan jika sekali imbas, pemandangan itu sama seperti air laut di pulau terkenal itu.

Pihak berkuasa tempatan, Siberian Generating Company (SGC) memberi amaran bahawa nilai pH air tasik tersebut adalah lebih daripada lapan dan boleh menyebabkan alahan pada kulit manusia.

Namun, amaran itu tidak diendahkan masyarakat apabila mereka semakin memenuhi lokasi itu untuk bergambar, malah ada yang menggunakan pelampung untuk bergambar atas air.

SGC menerusi satu kenya­taan juga memaklumkan bahawa orang ramai tidak boleh berenang dalam tasik tersebut kerana mempunyai kadar alkali yang tinggi, selain dasarnya dipenuhi dengan lumpur dan boleh menyebabkan insiden lemas.

“Berjalan di sepanjang tasik tersebut boleh diibaratkan se­perti berjalan dalam jarak tembakan tentera, bahaya serta tidak dapat dijangka,” jelas ke­nyataan itu.

SGC turut meletakkan papan tanda di kawasan tasik tersebut, namun masih tidak diendahkan orang ramai. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini