Paras radiasi bangkai kapal berganda - Utusan Malaysia

Paras radiasi bangkai kapal berganda

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

OSLO 12 Julai – Saintis mengesan kebocoran radiasi berskala besar dari bangkai sebuah kapal selam Rusia yang tenggelam di perairan Norway sekitar tahun 1989.

Kapal selam The Komsomolets itu tenggelam di perairan dekat Pulau Bear selepas satu kebakaran berlaku di dalam kapal tersebut sekali gus me­ngorbankan 43 anak kapal, lapor Daily Mail.

Saintis dari Institut Penyelidikan Marin Norway mengesan paras radiasi di kawasan itu 800,000 kali ganda lebih tinggi dari kadar biasa berdekatan rangka kapal tersebut yang berada pada kedalaman 1,699 meter.

Memuatkan artikel berkaitan…

Lebih membimbangkan, reaktor dan dua kepala peledak nuklear dilapor masih berada dalam kapal itu.

“Kandungan radioaktif yang tinggi dikesan menerusi beberapa sampel yang diambil berdekatan bahagian saluran pengudaraan kapal berkenaan,” kata institut itu dalam kenya­taan.

Ketua kajian, Hilde Elise Heldal berkata, pihaknya turut berjaya mendapatkan sampel tidak tercemar dengan radiasi.

“Kami memutuskan untuk mengambil sampel di bahagian tertentu kerana kebocoran pernah dilaporkan berlaku pada 1990 dan 2007 di sini.

“Oleh demikian, bukanlah satu perkara yang mengejutkan apabila pencemaran radiasi dikesan paling tinggi di bahagian ini,” katanya.

Namun menurut Heldal, tidak ada yang perlu dibimbangkan berkenaan tahap kebocoran radiasi itu walaupun tahap pencemaran adalah di luar normal kerana ia tidak terlalu tinggi.

“Apa yang dikesan tidak memberi impak yang besar terhadap hidupan dan sumber makanan laut di negara ini,” ujar­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini