MTAG disenarai di Pasaran Ace pada September - Utusan Malaysia

MTAG disenarai di Pasaran Ace pada September

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 12 Julai – MTAG Group Berhad di jadual disenaraikan di Pasaran Ace, Bursa Malaysia pada September depan menerusi pemeteraian perjanjian jaminan dengan M&A Securities Sdn. Bhd. (M&A) hari ini.

M&A akan menjadi penaja jamin saham baharu untuk ditawarkan kepada orang awam, pengarah berkelayakan, kakitangan dan individu yang telah menyumbang kepada kejayaan kumpulan tersebut yang terlibat dalam percetakan label dan pelekat.

Pengarah Urusan kumpulan, Chaw Kam Shiang berkata, hasil jualan tawaran awam permulaan (IPO) akan membolehkan syarikat itu melaksanakan strategi pengembangan melibatkan pembelian tanah untuk pembinaan kilang pembuatan dan pelaburan baharu dalam jentera untuk meningkatkan kecekapan kapasiti dan pengeluaran.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Pengembangan ini akan memperkukuhkan kedudukan MTAG, membolehkannya menawan permintaan pertumbuhan daripada industri label dan percetakan tempatan dan dijangka mencapai RM8.11 bilion pada tahun 2023 berbanding RM5.46 bilion tahun lepas, menurut laporan pasaran bebas oleh Protege Associates,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

IPO MTAG melibatkan terbitan awam sebanyak 136.32 juta saham baharu dalam kumpulan itu mewakili 20 peratus daripada modal sahamnya yang diperluaskan.

Pemegang saham sedia ada syarikat itu juga akan membuat tawaran untuk menjual 68.16 juta saham kepada pelabur terpilih melalui penempatan swasta. – BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini